March 31, 2017

CUKUPLAH .

Manusia itu sering alpa,
Sering saja lupa diri.
Terpaling selalu tidak menghargai.
Peroleh apa yang diingini,
Lalu kemudian ~~
Terus tidak endah.

Apa kau rasa dia itu tiada hati,
Terima segala yang kau hadapkan,
Apa kau rasa dia tidak bosan,
Diabai tidak diendah.
Apa kau rasa dia tiada nilai,
Mudah sungguh kau persiakan.

Tiba masa dia pergi,
MEMBUANG semua yang pernah dia rasa penting,
MATIKAN semua rasa yang sendiri dia pupuk,

Tiba masa 
Dia nekad
TIADA apa yang mampu menghalang dia,
TIADA apa yang dapat merubah dia.

Cukuplah disini .
Dia yang dulu tidak akan pernah wujud kembali
Cukuplah disini .
Biarkan dia pergi,
Kerana selagi dia bertahan,
Selagi itu dia TERSAKITI.

Biarkan dia rasa bahagia itu bagaimana.