December 16, 2013

TOLEH

Pandang depan
Jalan tegak
Dada bidang
Kepala dongak
Kaki menapak
Terus
Terus lagi
Tak mahu kiri
Tak mahu kanan
Tak mahu TOLEH
Sikit pon tidak
Apatah lagi
Jenguk ke bawah
Tujuan ada di depan
Perlu apa menoleh?
Perlu apa pandang bawah?
aahhh tersandung
Batu kau makikan
Menghalang laluan
Melambatkan tujuan
Menganggu jalan
Tapi~~
Kau yakin tujuan tu ada di depan?
Kau yakin batu tu nak menghalang?
Atau sekadar pembuka mata bahawa kau kena usaha
Tujuan itu tak semudah yang kau sangka
Yang jalan lurus tiada bukitnya?
Yang senang capai tanpa usaha?